Rabu, 18 Januari 2012

ROJAK ASMA @ ROJAK ASMAH :

Dicatat oleh queenshop di 4:24 PTG 0 ulasan
Rojak asma @ rojak asmah :

KUAH KACANG :
2-3 sd cili kering kisar
gula pasir & gula perang
garam
kacang tanah - kisar halus
air secukupnya
sikit bijan

~ tumis cili kisar samp naik minyak
~masuk air n kcg tanah kisar...rebus lbh kurg 1/2 jam hga 1 jam.
~masuk bahan perasa (gula perang n gula pasir,garam)
~masuk bijan,kacau2 n tutup api...

BAHAN2 LAIN :
segala mcm fish ball
tauhu
tempe
cucur udang
~goreng & potong2

CUCUR UDANG :
1sd yis kering + sikit air suam + 1sd gula (satukan & biar b'buih)
sayur2 ( carrot,kobis potong halus )
udang
1/2 sd kecik lada putih
garam
air secukupnya
~ satukan semua bhn n gaul sebati.
~ biarkan kembang@naik sikit sblm goreng

Rabu, 11 Januari 2012

LAKSA TERENGGANU @ LAKSA KUAH LEMAK PUTIH :

Dicatat oleh queenshop di 2:09 PG 0 ulasan

Laksa tganu

KUAH:
1/2 kg ikan selayang - rebus n blend
2sd mkn lada hitam - tumbuk
10bj bwg merah blend
1/2 kotak @ 100ml santan
1 cwn air - kalo xska kuah pekat sgt leh tmbh air ni dlm kuah k...

~ cmpo semua n masak samp m'didih...api slow ye.sntiasa kaco2
~ perasakan dgn garam/aji ikut selera tekak masing2

SAYUR2 :
daun kesum
bunga kantan
kcg pnjgng
kobis
~ potong halus n gaul2 smua skali

LAKSA ;
1 paket laksa
~- rendam air pns 1jam & rebus samp lembut.bilas dgn air paip samp hlg kanji/lendir.

# leh gak mkn dgn blcan n cili boh/kisar

slmt m'try....

Rabu, 21 Disember 2011

LAMA X UPDATE BLOG ....

Dicatat oleh queenshop di 9:25 PTG 0 ulasan
Assalamualaikum w.b.t  & salam sjhtra semua...

Sihat idok? Hmmm dah lama xnulis2 kat sini kan.......Bz la konon2nya..huk3..
Nnt ada kelapangan n ada respi br sy masukkan kat sni lg yo...


Sedikit info pasal bakery sy..
.Musim cuti skolah ni Alhamdulillah m'curah2 rezeki.Syukran ya Allah...

~Queen Bakery dah mula amik tempahan wedding cake...Sape2 yg b'minat nk tempah leh la tmpah ye.
Sebarang soklan sila la tnya kat fb (nazra Queen) @ sms sy 017-7023549...

~Tempahan wedding cake utk 2012 juga dah mula dibuka skrg..Leh tmpah awal2 utk mjlis thun dpn.
& Sape2 nk book sila la pilih code,warna & byar dposit.Sy xamik byk tmpahan dlm 1 hari...
Kalo b'langgar date dgn tempahan yg lain,sy hanya akan buat tmpahan yg dah byr deposit shj..

Rabu, 16 November 2011

WEDDING CAKE : CODE WC03

Dicatat oleh queenshop di 7:25 PG 1 ulasan
CUPCAKE + COUPLE BEAR :

CODE : WC03

HARGA : RM170
BERAT  : +- 2KG & 1KG
JENIS KEK : KEK SPAN COKLAT ( LAYER DGN BLUEBERRY FILLING & BUTTERCREAM)



WEDDING CAKE : CODE WC02

Dicatat oleh queenshop di 7:16 PG 0 ulasan
Assalamualaikum w.b.t....
Ni wedding kek yg ditempah oleh mak andam utk customernya...
Nak warna pink + purple sbb nk ikut tema.
Harap yg menempah & pengantin b'puas ht la dgn kek ni...
CODE : WCO2

HARGA                ; RM150
BERAT                 ; 3kg ( 1 1/2kg, 1kg, 1/2kg )
JENIS KEK          : KEK SPAN COKLAT
                              ( layer dgn bluberry filling & butterkrim )

### p/s : utk set ni...xde cupcake ye....

WEDDING CAKE

Dicatat oleh queenshop di 3:08 PG 0 ulasan
KOD : WC01
HARGA : RM180
BERAT KEK : -+3KG (1 1/2kg,1kg,1/2kg)
JENIS KEK : KEK SPAN COKLAT LAYER DGN BLUBERRY FILLING & BUTTERCREAM

~ PAKEJ NI ADA CUPCAKE 15BJ

Selasa, 25 Oktober 2011

MAMA CARIE :

Dicatat oleh queenshop di 8:18 PTG 0 ulasan

A : 
200g tepung gandum
150g buttercup
60g tepung jagung
50g gula aising
15 susu tepung

B:
15g gula aising
15g tepung jagung
1bj putih telur

hiasan :
coklat emulco

1) DOH :Satukan bahan A....gaul sebati n uli hingga jadi doh
2)Canai & terap bentuk love..susun atas loyang yg dah lapik dgn kertas minyak
3) AISING : Pukul putih telur samp agak kembang/kaku,masuk gula aising n tepung jagung...pkul sebati
4) Sapu aising atas adunan biskut yg dah terap td...celup p'cungkil gigi dlm coklat emulco.
Buat 3 titik,kemudian lorekkan...
5) Bakar selama 15-20 minit @ hingga biskut masak...guna api bawah shj ok kawan2.


p/s : sblm masukkan kek @ biskut dlm oven...pastikan oven dah dipanaskan dulu 10-15minit ye...

Ahad, 16 Oktober 2011

AZAB WANITA DI AKHIRAT NNT :

Dicatat oleh queenshop di 11:18 PTG 0 ulasan
SUMBER : FB


Azab Bagi Wanita

(tlg ingatkan kpd semua kaum perempuan yg anda kenal)

Saudara dan saudari kaum muslimin dan muslimat
Renungan
khususnya untuk para wanita dan diriku sendiri.....

Sayidina Ali ra menceritakan suatu ketika melihat
Rasulullah saw menangis manakala ia datang bersama FatimaH
Lalu keduanya bertanya mengapa Rasulullah saw menangis. Beliau menjawab,

"Pada malam aku di-isra'- kan , aku melihat perempuan-perempuan yang sedang disiksa dengan berbagai siksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Karena, menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan siksanya.



Putri Rasulullah saw kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya.



"Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih. Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.



Aku lihat perempuan tergantung kedua kakinya dengan terikat tangannya sampai ke ubun-ubunnya, diulurkan ular dan kalajengking.



Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri.



Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk karena penyakit sopak dan kusta.



Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar, beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya.



Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya sementara malikat memukulnya dengan pentung dari api neraka,"kata Nabi saw.



Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka disiksa seperti itu?

*Rasulullah menjawab,



"Wahai putriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya.



*Perempuan yang digantung susunya adalah istri yang 'mengotori' tempat tidurnya.



*Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan perempuan yang tidak mau mandi suci dari haid dan nifas.

*Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah karena ia berhias untuk lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain.



*Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka karena ia memperkenalkan dirinya kepada orang yang kepada orang lain bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat laki-laki yang bukan muhrimnya.

*Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya diulurkan ular dan kalajengking padanya karena ia bisa shalat tapi tidak mengamalkannya dan tidak mau mandi junub.



*Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah tukang umpat dan pendusta. Perempuan yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami."



Mendengar itu, Sayidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis. Dan inilah peringatan kepada kaum perempuan.

Jumaat, 14 Oktober 2011

KELEBIHAN & PAHALA MENGANDUNG :

Dicatat oleh queenshop di 5:38 PTG 0 ulasan

AMALAN KETIKA MENGANDUNG :
sila klik link di bwh utk m'dengar nasihat n panduan amalan ketika mengandung oleh ustazah bahiyah..
http://ceramah.tv/video-categories/agama-kerohanian/motivasi-keluarga




 KEMULIAAN IBU MENGANDUNG DALAM ISLAM

1. Dua rakaat solat wanita yang hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

2. Wanita yang hamil dapat pahala puasa disiang hari & pahala ibadat dimalam hari.

3. Wanita yang bersalin dapat pahala 70 thn solat & puasa serta setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah bagi satu pahala haji.

4. Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira sebagai mati syahid. ...

5. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya akan dapat 1 pahala daripada tiap titik susu yang diberikannya.

6. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya yang menangis maka Allah beri pahala satu tahun pahala solat & puasa.

7. Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 setengah tahun, maka malaikat dilangit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

8. Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

9. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan di ampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya & bila dia hiburkan hati anaknya Allah beri 12 tahun pahala ibadat

Info selanjutnya - http://www.informasi.my/info-kemuliaan-ibu-mengandung-dalam-islam/

Isnin, 10 Oktober 2011

12 rakaat, Allah akan membinakan mahligai untuknya di dalam syurga.

Dicatat oleh queenshop di 11:09 PTG 0 ulasan
Dari Aisyah r.ha meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda:

Barangsiapa yang istiqamah bersembahyang 12 rakaat, Allah akan membinakan mahligai untuknya di dalam syurga.

(12 rakaat itu ialah): 4 rakaat sebelum zohor, 2 rakaat selepas Zohor, 2 rakaat selepas Maghrib, 2 rakaat selepas Isyak dan 2 rakaat sebelum Subuh.

ALHAMDULILAH PART 3 :

Dicatat oleh queenshop di 10:41 PTG 0 ulasan
                                                                      7hb JUN 2010:


9hb kian m'jelma...lg berapa hr je lg.Segala p'siapan dah buat.T'masukla brg2 bby n mama baby...
Semua dah aku siap2kan dlm beg & letak ditempat yg senang nk amik.Mn lah tau kan,tetiba sakit nk b'salin...
Sng la asben aku nk capai brg2 tu semua,xpayah t'kial2 nk cr 1 per 1...
Sempat lg aku n adik aku g jalan2.Mcm org xb'salah je kan?huhu...
Aku lak tu yg drive,sbb asbenku keja...Bosan dok rmh,aku n adik aku g la jalan2 amik angin luar,
mkn Marrybrown,cuci2 mata kat kedai yg aku minat.Minah tu pon melayan je aku kan...huhu

8hb JUN 2010:
Pepagi buta dah bangun,Solat subuh & doa spya dipermudahkan......Sempat lg post kat status pesbuk,
mta halal n mta mahap dgn kawan2..Mn lah tau umurku xpanjang.
Sempat gak salam ngan jiran.Akak tu bt muka sedih,mcm aku nk g haji la pulak.
Lepas siap2 km pon gerak la g HSI...hehhe,suka suki aku je g HSI..
nk bsalin kat HSI gak.xkire...

SESI P'DAFTARAN :

Samp je kaunter daftar tu aku bg buku pink n tunjuk surat...Hehehe...
Surat tu soh g HSA,tp aku gatal nk bsalin kat HSI...Lepas bincang2,dibolehkan la aku b'salin kat situ.
Kira kes menumpang la ni.Ah,belasah la...mnumpang2 pon mnumpang la...
Dah setel semua,Asben aku pon balik...Xbleh tunggun teman kat wad tu

b'sambung....

ALHAMDULILAH PART 2 :

Dicatat oleh queenshop di 10:22 PTG 0 ulasan
Sebenarnya tujuan km g hospital besar pd haritu bukanla utk check up biasa...Tp dah bt appmnt dgn doc pakar kat situ.2hari sblm tu aku g cek mcm biasa kat klinik kjaan,doctor india tu scan bby mcm biasa....sambil potpet2.Pastu....

doctor : eh...eh...ehhhhhhhhh...hurmmmm
(aku tgok je gelagat doc tu)

doctor : dikkk....(ewah,terasa muda lak diriku ini dipanggil gitu..hehehe)
baby u songsang la...itu ari ok.ini ari songsang pulak,hmmm...
ok,sy bg u 1 surat..u pergi HSA jumpa doctor sana ok..
U punya kes skrg hantar sana ok...


sambil tunggu doc cakar2 1 kertas kat dpn dia,aku pon xtau apa dia tulis...sempat gak km b'bual2 pasal kes songsang ni..Aku yg agak t'kejut,aku buka telinga luas2 n dgr stiap pktaan doc tu..yela,benda br,n xpernah aku jangka...Dr awal mengandung,aku mmg xde masalah langsung.Muntah pun x'pernah...tetiba dah ujung2 ni bby songsang lak.Redha jela,ujian buat km b'2...Sepatutnya kepala bby dah ada kat bwh,tp kepala baby kat atas pulak.Kalo b'salin normal kompom kuar bontot dulu nih...

DI HSA :
SEkian lama menunggu,nombor haku pon dipanggil...aku n asben pon masukla jmpe doc...
Bincang2...suasana jd agak b'emosi bila doc soh bt pilihan...Nak operation @ nk betulkan kedukan bby..Dua2 cara ada risikonya t'sendiri,
Aku xberani nk citer lebih2 pasal tu,tkut kang ada yg kna saman..hehehe.
Sbg ibu yg t'lalu cintakan ank aku...aku ketepikan risiko pd diri aku.Apa yg aku tau,aku cuma nak ank aku slmt n xmungkin aku akn ltkkan risiko tu pd bby aku...
Xsanggup aku nk bygkan kalo apa2 jadi kat bby aku..Biarla aku yg b'korban walau apa pon,andai nyawa jd taruhan...Aku rela.
Lepas km bt keputusan....km pon blah balik rmh.Masing2 agak sugul....Tp x'perlu susah2 ht kan?
Ada baiknya masing2 jalankan kehidupan mcm biasa & tgu je due date.Oleh krn km pilih nk operation,
doc pon ikutla due date yg sepatutnya bby lahir (9hb jun 2010)...
tunggu jela date tu dtg m'jelma...hehehe...

SYUKUR ALHAMDULILLAH :

Dicatat oleh queenshop di 7:53 PTG 0 ulasan
Assalamualaikum w.b.t..............

Harini lari tajuk plak...Tgok Zara tido,mcm2 perasaan ada..Mulala aku senyum sorg2..pastu sayu..Hehehe...Yela,mcm2 p'kara pahit manis sepanjang mengandung samp la hrni.Syukur Alhamdulillah aku diberi kesempatan olehNya utk jadi wanita sempurna (bkesempatan jd isteri & ibu)..Syukran ya Allah.Akan ku jaga sebaik mungkin 'amanahMu' itu,InsyaAllah...


DHIA ZARA BATRISYA BT MOHD SABRI nama diberi...M'bawa maksud sinaran,puteri,bijaksana.
Nama yg dibg oleh abahnya,b'bulan m'cari nama...Tetiba dpt ilham masa km kat hospital,agak lawak sbb dpt ilham  kat hosp.huhu....tgh tgu turn nombor dipanggil,tetiba asben ku ckp....'syg,kalo nama dhia zara ok ?.......
glup! bosan mnunggu pnya pasal,fikiran aku sememangnya tgh khayal ntah ke mana2 time tu tetiba tekujat gak dgn ayat dia tu...

Lepas aku tenung muka dia,aku senyum & iyakan je...Sbb aku yakin dia pilih yg t'baik utk ank kami.
Utk pengetahuan korang,time tu dlm kpla otak aku t'sgtla serabut.Sampai melayang2 fikiran.Tak tau nk fikir yg mana dulu......
Apa yg aku rs saat tu,Allah je tau.hanyalah mampu b'doa n b'serah...Redha dgn segala ujian n dugaan drNya...Akan ku telan n hadapi apa jua yg akan b'laku lepas tu.Andai nyawaku hanya samp di situ,aku mohon moga aku diberi masa hingga aku 'selesaikan tugasku'..tugasan akhir setelah hampir 10bln mengandung iaitu melahirkan ank yg dikandung.
Moga anak yg bakal dilahirkan berada dlm keadaan selamat & sejahtera hingga dia slmt dilahirkan.
Keselamatan diri bknla agenda utama....Langsung xde dlm benak fikiran tentang diri sendiri.

b'sambung...

ROTI ;

Dicatat oleh queenshop di 2:53 PG 0 ulasan
Bahan A 
330gm tepung roti
1/2 tsp garam
1 1/2 tbsp susu tepung  
60gm gula kaster 
10 Instant Yeast 


Bahan B 
1 biji telur 


Bahan C 
120ml air 


Bahan D
 40gm butter 


Cara Membuatnya: - 
1)Gaul kesemua bahan A hingga sebati -
2) masuk bahan B. gaul jadi serbuk roti - 
3)masuk bahan C. uli hingga jadi doh. 
4)masuk bahan D. uli lagi hingga jadi doh dan permukaan doh menjadi halus. 
5)kembangkan doh hingga 2 kali ganda. - 
6)tumbuk2 doh untuk buang angin. timbang seberat 60gm. -
7)bentu ikut suka ,
8)kembangkan lagi dan bakar pada suhu 180'c selama 15 minit. 




SUMBER :SL KITCHEN

Ahad, 9 Oktober 2011

BUTTER KEK OREN :

Dicatat oleh queenshop di 2:43 PG 0 ulasan

Assalamualaikum w.b.t...........
Tgh bt apa mak jenab,kek senah & lain2? Masak apa utk minum ptg hrni?
Jom mkn kek butter ni.Rasa oren....& baunyaaaaaaa....
m'goda btol masa ngah bakar...Paneh2 lg dah potong.hak3...
nyam3....nak spotong?huhuhu....
Okla hamik la respi ni...

115g butter
115g gula kaster
170g tpg naik sendiri
2bj telur gred A
2sd besar susu cair/susu kotak
1sd kecil oren emulco

1) campur semua bahan...pkol dgn speed 1 utk sebatikan bahan2
2) Tukar speed 5, pkol samp kembang n sebati
3) Sapu loyang saiz 7' @ 6' dgn butter & alas loyang dgn kertas minyak
4) Masukkan adunan & bakar suhu 160d selama 30 minit hingga masak.
5) Keluarkan dr loyang & sejukkan atas redai.

Jumaat, 7 Oktober 2011

KEK SPAN ZATHY MYR ;:

Dicatat oleh queenshop di 8:20 PG 0 ulasan

SUMBER : COPY PASTE FROM MYR...TQ MYR


Bahan-bahan ( 1 biji kek 1/2 kg kot )

  • Bahan A
  • 4 biji telur(elok gred B,klu saiz kecik lebihkan sebiji)
  • 120g gula kastor(klu xde gula kastor,amik gula biasa then blend kering smpai halus)
  • 1 camca besar ovallate
  • 1 camca besar mayonis original yg putih

  • Bahan B (satukan semua n ayak)
  • 80g tepung gandum
  • 20g serbuk koko
  • 20g tepung jagung
  • 1 camca teh baking powder
  • ----
  • Bahan C
  • 65g butter cair/ minyak masak 

Cara-cara

  1. Satukan semua bahan B n ayak 5 kali.ketepikan
  2. Satukan semua bhn A dlm 1 mangkuk n putar dgn mixer smpai jd putih gebu.dlm 15 minit gak la.sy pakai hand mixer je n guna kelajuan paling maksimum.msti guna kelajuan maksimum klu tdk, x jadi putih gebu
  3. Kemudian tambah bahan B yang telah diayak tadi.campak sumer skali,putar lagi smpai sebati 2,3 minit jer
  4. Pastu tmbah bahan C plak. Putar lg 2,3 minit.siap adunan kek
  5. lumur loyang dgn minyak n tabur tepung gandum,ketuk2 sikit supaya tepung rata...barulah tuang adunan kek.guna loyang bulat 7inci
  6. Pastu bakar le mcm biasa..PREHEAT DULU oven tau dlm 15 minit.klu oven sy,sy guna suhu 170⁰C selama 45 minit guna api atas bawah.lps 45 min, cucuk dgn lidi utk test,klu xmsk lg tambah le masa kejap.jgn duk buka tutup oven nnti kek jd mendap.
  7. Lepas siap masak,terus keluarkan dr oven n hentak 2,3 kli perlahan2 n telengkupkan/terbalikkan atas redai dlm 10 minit (ala2 buat mcm kek chiffon).
  8. Lepas tu barulah lalukan hujung pisau di sekeliling kek utk longgarkan kek dari acuan n then terbalikkan semula..

Khamis, 6 Oktober 2011

HARI-HARI SUNAT DAN MAKRUH POTONG KUKU..

Dicatat oleh queenshop di 9:47 PTG 0 ulasan
HARI-HARI SUNAT DAN MAKRUH POTONG KUKU..

SABTU :nescaya keluar dr tubuhnya ubat dan masuk penyakit.
AHAD: nescaya keluarkekayaan dan masuk kemiskinan.
ISNIN:nescaya keluar penyakit gila dan masuk sihat.
SELASA:nescaya keluar sihat dan masuk penyakit.
RABU:nescaya keluar was-was dan masuk kepapaan.
KHAMIS: nescaya keluar penyakit dan masuk penawar.
JUMAAT: nescaya keluar dosa dan masuk pahala..





SUMBER : FB SEORANG RAKAN....TQ KAWAN..

10 SUNNAN ~ KEBERSIHAN DIRI

Dicatat oleh queenshop di 9:46 PTG 0 ulasan
hadis dari 'Aisyah Radhiallahu 'anha yang maksudnya:

"Sepuluh perkara dikira sebagai fitrah (sunnah):
memotong misai, memelihara janggut, bersugi, memasukkan air ke hidung, memotong kuku, membasuh sendi-sendi, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu ari-ari, bersuci dengan air (beristinja), berkata Zakaria: "berkata Mus'ab:
"Aku lupa yang kesepuluh kecuali berkumur."





SUMBER : DR FB SEORANG RAKAN....

MAKSUD DI SEBALIK SETIAP GERAKAN DLM SOLAT :

Dicatat oleh queenshop di 9:38 PTG 0 ulasan
Erti Gerak Geri Dalam Solat :
Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu......

1 - Niat Sembahyang: Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2 - Berdiri Betul: Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3 - Takbir-ratul Ihram: Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4 - Fatihah: Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5 - Ruqu': Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6 - I'tidal: Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur.

7 - Sujud: Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8 - Duduk antara 2 Sujud: Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur

9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir): Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.

1 0 - Tahhiyat Akhir: Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.

11 - Selawat Nabi:Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12 - Salam: Memelihara kita di dalam kubur.

13 - Tertib: Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.

Dari Abdullah bin 'Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda :

"Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi /Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu " FRIDAY the 13th "

jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!"

Wassalam.

"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..." Sebaik-baik manusia itu
adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain..





sumber : copy paste from fb...dr fb seorg rakan.

KEK SPAN RAHEL :

Dicatat oleh queenshop di 9:56 PG 0 ulasan

COPY PASTE FROM MY REC....TQ RAHEL...I'LL TRY SOON............

RAHEL NI  SLALU ADA RESPI BEST2 KAT BLOG DIA...XCAYE G LA TGOK..EHEHEHE



Bahan-bahan ( Loyang 9" )

  • 200g tepung kek/tepung superfine
  • 200g gula kastor
  • 110g mentega cair/minyak masak
  • 100g air/susu cair
  • 40g serbuk koko
  • 20g ovalet
  • 6 biji telur gred A
  • 1 st serbuk penaik
  • 1 st emulco coklat

Cara-cara

  1. Griskan acuan bulat 9".Lapik dg kertas serap minyak.Panaskan ketuhar pada suhu 170'C.
  2. Satukan gula kastor,ovalet,tepung kek,serbuk penaik dan telur dlm mangkuk adunan.Pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dg kelajuan tinggi.
  3. Perlahankan kelajuan dan masukkan air,emulco coklat dan serbuk koko.Pukul lagi selama 5 minit.
  4. Tuangkan mentega cair/minyak masak dan gaulkan dg senduk kayu hingga sebagti.
  5. Tuang adunan ke dlm acuan.Bakar selama 45 minit atau sehingga masak.
  6. Setelah masak,keluarkan dr ketuhar dan terus telangkupkan selama 5 minit agar kek tidak mendap.Kemudian terbalikkan semula dan biarkan kek sejuk sepenuhnya.

KEK BATIK :

Dicatat oleh queenshop di 3:59 PG 0 ulasan
Assalamualaikum w.b.t......

Hai kawan2...dah lama nk bt kek batik ni.Msti ramai yg tau buat kan?
tp xpela,saja tepek kat blog ni
utk sapa2 yg m'cari respi kek batik ni & utk rujukan diri sndiri gak....
Kek ni plg senang,sedap lak tu...Tp kalo xsuka manis,sila la kurangkan susunya ye.
Sentiasa simpan dlm peti sjuk,nk hidang br la kluarkan dr esbox n potong.
Kalo biarkan lama2 kat suhu bilik,coklatnya akan lembek sikit.
Macam2 resipi & cara org bt kek batik ni.Ada yg suka patah2kan biskut & gaul dlm adunan coklat.Tp ku suka biskut rangup..so,ku xgaul la dlm adunan.& ada gak yg tmbah telur,air,tpg gndum & mcm2 lg la.
t'pulang la pd selera tekak memasing ye.
Tak kisahla mcm mn pon cara m'buat & bahan2 extranya...asalkan sedap.ngeeeeeeee
Ok la...moh la kt tgok  respi kat bwh nun...






kek batik :

200g milo (paket kecik)
1/4 tin susu pekat
2sd makan serbuk koko
250g marjerin
biskut jacob secukupnya

1)Masukkan majerin dlm periuk...kacau2 atas api sederhana samp cair
2)Masuk lak susu pekat..kacau2 sambil masuk milo n koko
3)kacau sebati,dah pekat tutup api
4)alas loyang dgn plastik,tuang 1 senduk adunan...susun lak biskut atas adunan tu.ulang samp adunan coklat td habis.lapisan atas skali mstilah coklat ye...
5)masuk dlm esbox..


Selasa, 4 Oktober 2011

KWE TOEW LADNA

Dicatat oleh queenshop di 10:02 PTG 0 ulasan

EMMM...nyam3...ujan2 cmni rs nk mkn pns2.
jom try...

Kue teow ladna

1bj bwg putih
udang/ayam
1 mgkuk air
1 ketul kiub ayam - hancurkan
2sd kicap lemak jalen
2sd sos tiram
1sd kecik lada hitam yg dah dikisar
sayur2 - ank jagung,carrot,sawi,bga kobis & pape yg korang ska
3sd tpt jagung + air ~ kacau2 samp sebati

1)tumis bwg putih,masuk air
2)masuk sos tiram,kicap,lada htm,kiub ayam..masak samp mndidih
3)boh sayur & udang...rasa,kalo dah xckop masin boh la garam sckup rs
4)lastly boh air bancuhan tpg jagung sambil kacau...dah pekat tutup api
5)ltk sikit kue teow dlm pinggan,curah kuah samp melimpah ruah

N

Dicatat oleh queenshop di 9:44 PTG 0 ulasan
Assalamualaikum w.b.t....
sesekali teringin nk mkn ns kerabu kan?apa kata kt bt sendiri..
selain drpd ayam percik,nasi kerabu leh gak mkn dgn lauk2 lain spt ayam sambal,ikan keli masak cili padi,daging bakar & lain2 la...ikut selera masing2.
Okla jom kt tgok resepi nasi kerabu ni.

Ns kerabu aym percik

NASI KERABU:
beras & air
beberapa titik pewarna biru star brand @ bbrapa kuntum bunga kcg botol
sikit garam
1 helai daun pandan-basuh & simpul

1)masak la mcm masak ns biasa,& tmbah pwarna & garam je

KELAPA :
1/2 kelapa parut-goreng tanpa minyak hingga kering & warna cekelat gituu..
3 ekor ikan kembung - rebus,amik isi
3 bj bwg merah
garam secukup rs
10bj lada hitam

1)tumbuk bwg merah,lada hitam,garam...pastu masuk isi ikan.tumbuk lg
2)gaul dgn kelapa kering


AYAM PERCIK :
1/2 ekor ayam

3ulas bwg putih
1 inci halia
sedikit garam

1)perap ayam b'sama bhn blender 1jam,
2)bakar selama 30minit,api atas bwh,suhu 200d
3)sementara ayam masak,gi bt kuah percik

kuah percik:
3btg serai
2sd cili keribg blender - kalo nk kuah merah2 (optional )
5bj bwg merah
sikit asam keping
garam,gula,aji sckup rs
1 kotak santan
~blender serai & bwg merah
~masuk dlm periuk b'sama bahan lain
~masak dgn api sederhana samp pekat...sentiasa kacau.

4)bila aym dah masak,curah kuah percik atas ayam & bkr lg 10 minit

ULAM-ULAM:
kantan
kcg panjang
toge
~potong nipis & gaul2

p/s :
~hidang la b'sama kopok...sila la cuba kalo rajin.kalo xrajin g bazar...heeeee
~kelapa kering tu bleh bt awal..1 @ 2hr lbih awaL

Ahad, 21 Ogos 2011

TART NENAS

Dicatat oleh queenshop di 10:52 PTG 0 ulasan

Assalamualaikum w.b.t kawan2....lg 1mgu nk raya.mcm2 sekut raya yg korang dah bt kan?
Tahun ni ku wat 3 jenis je..Tart nenas ni mmg kegemaran ku.Kalo g raya kat rmh org,msti nk cr tart nenas..tak kisah la apa pun rupa tart tu,asalkan tart...ngeeeeeee...oleh krn tak berapa rajin nk m'gulung.Maka jadila ghupa ini ngggggggggko...! hehehe...ok la kengkawan.jom la try...kompon tak nyesal.hik3...
jem nenas leh sediakan awal2 sblm nk bt tart.

DOH :
250g butter
400g tpg gandum
50g tpg jagung
50g gula aising
1bj kuning telur

HIASAN :
1bj putih telur
sikit pewarna oren


INTI:
 jem nenas ( bulat-bulat )



1) satukan semua bahan kecuali kuning telur...kacau2 dgn tangan samp sebati
2)masuk kuning telur & uli smp jadi doh
3)amik sikit adunan...agak2 saiz syiling 2posen..leperkan n ltk jem kat tgh2...bgkusla doh tu samp tak nampak jem.bentukkan memanjang
4)susun atas kertas minyak & tekan hujung pisau atas tart (b'silang2)
5)masuk sikit pewarna oren dlm putih telur & sapu atas tart
6)tabur biji selasih
7)bakar 15 minit @ hingga masak,suhu 150d,api atas bawah
8)dah masak,sejukkan sblm simpan dlm bekas kedap udara

Sabtu, 30 April 2011

HOME MADE PIZZA :

Dicatat oleh queenshop di 7:32 PTG 0 ulasan

JENG3...pizza la pulok...ace korang try.pueh ht makan pizza bt sndiri wpon xla sesedap kat pizza hut tu...ngeeeee...okla kengkawan,adunan doh pizza ni aku bt ce mcm adunan roti.tp bt sikit jela @ bt 1/2 adunan dr doh roti..pastu taburla topping apa yg korang suka.lastly tabur mozarella cheese & oregano sblm bakar...nyam3...

DOH  (buat 1/2 adunan je )  :
250g tepung roti @ tepung superfine cap bluekey
1bj telur
1sd kecil bread softener
1/2 paket yis kering + 1/2 cwn air suam + 1sd gula (satukan,kacau2  & biar samp b'buih)
1sd makan shortening
100ml air (anggaran,aku guna xhabis pon)
2sd susu tepung..pakai susu tepung bby je

TOPPING :
nenas 
1/2 bj caisicum merah
daun bawang
1btg sosej
daun oregano
cheese mozarella parut
sedikit mayonis
sos cili/tomato puri

CARA2:
1)satukan tepung,bread improver,softener....gaul sebati..buat lubang kat tgh2...
2)masukkan bancuhan yis n telur..kacau n uli samp jd seketol tepung..tambah air sikit2..dah dpt bentuk doh,stop tuang air...sikit je guna airnye..
3)uli agak2 5 minit...
4)boh 1sd shortening n uli 20minit..mula2 akan melekit kat tgn...truskan uli smp xnampak shortening n xmlekat kat tgn.masa ni doh akan jd lebih lembut..
5)amik bekas besar,sapu majerin@ shortening...ltk doh td n rehatkan 20 minit @ samp jd 2x gnda.
6)pastu,tumbuk2 doh td utk keluarkan angin n uli kpd bntuk asal
7)buat bentuk bulat & leperkan...masuk dlm loyang pizza
8)sapu mayonis dgn sudu & picit sos cili ...taburkan bahan2 topping.
9)rehatkan lg 10 minit
10)bakar suhu 180d selama 10-15minit

*** oregano tu sejenis daun utk yg digunakan utk masakan barat..selain bt pizza,oregano jg digunakan dlm masakan lain spt pasta...di pasar raya oregano dijual dlm bentuk serbuk & hirisan kecil2...harganya xmahal.1 paket tu +-200g..harga RM3 kalo xsalah..

Rabu, 27 April 2011

CHICKEN CHOP :

Dicatat oleh queenshop di 8:36 PTG 0 ulasan

ayam :
drumstic - operate buang tulang
tepung kfc
putih telo

1)celup ayam dlm putih telo...
2)guling2 dlm tepung kfc n goreng la samp kekuningan

sos lada hitam :
1cwn air
1ketul kiub ayam - hancurkan
garam sckp rs
1 1/2 sd besar gula
5sd lada hitam kisar
1sd besar sos tiram,sos cili,kicap
1/2bj bwg besar potong dadu
1sd besar tepung jagung - bancuh dgn sedikit air

1) panaskan minyak..tumis bwg besar
2)masukkan air+kiub ayam+gula+sos+lada hitam+sos cili+sos tiram..masak smp m'didih
3)rasa dulu sblm boh garam...
5)masuk air bancuhan tpg jagung sambil kacau2
6)masak la samp tahap kepekatan yg korang nak
7)leh la idang dgn ayam goreng,wedges,jagung rebus,salad

slmt m'try...smoge ilmu yg xsberapa ni leh dimanfaatkan b'same..

Ahad, 24 April 2011

MUFFIN DOT-DOT :

Dicatat oleh queenshop di 5:10 PG 0 ulasan

salam semua.......
what' up?comel x muffin ni?msti ramai yg dah pndai buat kan?
tp xpe,sekadar b'kongsi resipi & utk rujukan diri sendiri..len kali nk  buat lg senang,bka je blog...huhuhu...
ada sikit penambahan bahan dlm resipi...eh,ska ht aku je main tambah2 bahan kan?
xpela,tekak sendiri nk makan...huhuhu...1st time buat muffin ni aku t'sgt teruja nk makan..
bila 2nd time buat,aku dah tau ape selera tekak aku,so aku ubah la sikit2 mana yg patut bg memuaskan tekak aku yg agak cerewet ni...

3bj telur
275g tepung gandum
200g gula kaster
150g susu - aku guna air paip je
3sd baking powder
1sd ovelete
80ml minyak masak - ni yg aku memandai tambah

1) masuk semua bahan dlm mixer
2) pukul la samp kembang @ b'tanduk...@ senang cerita samp adunan tu jd macam adunan bahulu
3) asingkan beberapa bhgn & warnakan la ikut selera masing2
4) masukkan dlm piping beg & picit masuk dlm paper cup..paercup tu kna masukkan dulu dlm acuan lompang/kasui...nk masukkan adunan pakai sudu pon leh
5) amik sedikit setiap warna & masukkan dlm plastik..potong hujung plastik
6) dot-dotkan atas p'mukaan adunan muffin...pastikan warna adunan muffin dgn yg dot-dot tu xsame
7) kukusla samp masak lebih kurang 15 minit

**** penggunaan minyak tu sbnrnya utk melembabkan muffin..t'pulang pd selera masing2..pape pon tq pd tuan pnye respi.aku xingat amik mana...jmpe resipi,main salin je...tp xingat spe pnye resipi...

ok lah...slmt m'cuba..moga ilmu yg xseberapa ni dpt dikongsi utk kebaikan kt b'sama...

Sabtu, 23 April 2011

CISTART LAGIIIIIIII....:

Dicatat oleh queenshop di 7:44 PTG 0 ulasan




PASTRY :
1 ketul butter = 250g
60g gula
1bj telur
440g tepung gandum

1 ) Campurkan semua bahan & uli sekata sehingga dpt doh yg cantik molek...
2 ) buat bulat2 kecik2 agak2 saiz coin 20posen,pastu masukkan dlm acuan tart
3)tekan tgh2nye n tekan2 lak tepi2 samp sekata.potongla lebih tepi ti
4)cucuk dgn garfu di tgh2 pastry tu
5)bakar suhu 180 selama 15-20minit @ samp masak
6)dah siap..leh la boh adunan cis plak @ kalo nk simpan pon bleh...
simpan ditempat kedap udara @ dlm tin

CHEESE :
1ketul cis tatura = 250g
125g gula halus
60g butter
1bj telur

1)pukul gula + cheese + butter samp sebati
2)masukkan telur & pukul lg
3) sudukan bluberry filling ditengah2 pastry,
4)sudukan plak cis samp penuh pastry
5)gunakan pencungkil gigi,celup pewarna & bt 3 titik atas cis
6)lorekkan
7)bakar selama 8 minit suhu 180d

CUPCAKE BLUBERRY FILLING :

Dicatat oleh queenshop di 7:23 PTG 0 ulasan

bahan2:
250g marjerin @ butter
250g gula halus - aku kurangkan kpd 220g
250g tepung gandum
5bj telur
1sd besar baking powder
1sd kecil soda bikarbonat
1sd besar ovelete
sedikit essen vanilla
bluberry filling secukupnya

cara2nye:
1)pukul gula + butter samp kembang & b'krim
2)masukkan telur 1 per 1 sambil pukul...masuk vanilla & ovelete & terus pukul sebati
3)masukkan tepung + soda + baking powder yg telah diayak...pukul sebati
4)panaskan oven selama 5 minit
5)sudukan adunan sebanyak 1/4 penuh ke dlm papercup
6)sudukan pulak bluberry filling ditengah2 adunan td
7)sudukan lg adunan hingga 3/4 penuh papercup tu...
8)bakar selama 15 minit suhu 180 dgree

Jumaat, 15 April 2011

ANEKA ROTI :

Dicatat oleh queenshop di 6:20 PTG 0 ulasan
assalamualaikum kawan2 blogger sekalian...agak lama xshare respi kat sini...
ok hr ni nk share resipi roti...alhamdulillah menjadi la pulok...leh la deme try gak..
sebeno nye doh tu same aje.cuma dibentuk2kan & di boh topping yg b'lainan..jadila mcm2 jenis roti..mcm kat gmbo tu ada roti kastard,roti kosong,roti sosej,ada lg 1 pizza...tp xsmpt nk hamik gambo.
dah meronta2 jiwa mak bedah,mak senah,n mak kiah nk me'roti'....tgok la resipi kat bwh ni ye...

DOH :
250g tepung roti @ tepung superfine cap bluekey
1bj telur
1sd kecil bread improver
1sd kecil bread softener
1/2 paket yis kering + 1/2 cwn air suam + 1sd gula (satukan,kacau2  & biar samp b'buih)
1sd makan shortening
100ml air (anggaran,aku guna xhabis pon)
2sd susu tepung..pakai susu tepung bby je

CARA2:
1)satukan tepung,bread improver,softener....gaul sebati..buat lubang kat tgh2...
2)masukkan bancuhan yis n telur..kacau n uli samp jd seketol tepung..tambah air sikit2..dah dpt bentuk doh,stop tuang air...sikit je guna airnye..
3)uli agak2 5 minit...
4)boh 1sd shortening n uli 20minit..mula2 akan melekit kat tgn...truskan uli smp xnampak shortening n xmlekat kat tgn.masa ni doh akan jd lebih lembut..
5)amik bekas besar,sapu majerin@ shortening...ltk doh td n rehatkan 20 minit @ samp jd 2x gnda.
6)pastu,tumbuk2 doh td utk keluarkan angin n uli kpd bntuk asal
7)bentukkan la nk buat bntuk ape..nk senang buat bulat2.susun atas loyang yg dah disapu majerin.susun jgn rapat sgt sbb dia nk kembg lg.
8)rehatkan lg 20 minit @ samp jg 2x ganda...
9)gliz kan p'mukkan roti n tabur bijan...
10)bakar suhu 180d selama 10-15minit

GLIZ :
2sd makan susu bby
1/4 cwn air
1bj putih telur

1)satukan n kacau sebati...
2)sapukan pd permukaan roti utk dptkan p'mukaan roti yg b'kilat
3)sapu b'ulang kali kalo nk roti cantik (sapu sblm nk bakar,roti 1/2 masak)

KASTARD :
3sd gula
2sd tepung kastard
1/2 cawan air

1)satukan bahan2 n masak atas api kecil samp pekat
2)masukkan dlm plastik,potong hujung plastik.
3)picit atas roti yg dah di gliz...n bakar la roti tu
 

..qUeEn zAra kiTcHen... Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei